Halaman

Sabtu, 27 November 2010

Ceritera Cinta

Aku bukan kaunselor. Tapi aku seorang pendengar yang baik. Aku mendengar luahan perasaan seseorang dan aku cuba meletakkan diriku dalam situasi itu. Sedih ceritanya menangislah aku. Gembira hatinya senang aku. Seorang rakan telah menceritakan kisah cintanya yang tersungkur di tengah jalan. Berakhir ceritera cintanya akibat fitnah durjana. Fitnah dari seorang sahabat yang tidak mahu melihat mereka bahagia. ....


Ahad, 17 Oktober 2010

DI PERSIMPANGAN JALAN

Hidup harus diteruskan. Itulah ungkapan yang sering kali aku dengar. Namun jalan mana yang harus ku tuju...? Jalan yang berliku? Atau jalan yang penuh onak dan duri? Mungkinkah akan ku temui jalan yang lurus dan penuh dengan cahaya lampu? Dalam masa mencari jawapan itu, aku menelusuri jalan-jalan di bandar berdekatan. Dengan jiwa yang kosong dan hati yang hambar. Aku teringat satu kata-kata, sebuah pesanan yang baru saja aku dengar di corong telinga. "Usah dikenang perkara lalu, jangan diingat cerita dulu..." Bergenang mutiara jernih dan mengalir di pipi. Sepantas kilat aku menepisnya. Bimbang disedari orang sekeliling.

Kenapa dengan aku hari ini? Mengapa jiwa aku begitu lemah? Kenapa aku terlalu mengikut perasaan? Jawapan yang ku cari belum ku temui. Aku teruskan langkah ku. Lesu...

Rabu, 29 September 2010

APA ADA PADA MIMPI?

Tiga tahun yang lalu, beberapa kali aku bermimpi. Tidaklah tiap-tiap malam tapi kerap kali aku bermimpi perkara yang sama. Anggapanku mimpi itu hanya mainan tidur. Setiap kali bila aku teringat mimpi tersebut aku sibukkan diri dengan kerja-kerja rutinku. Aku abaikan saja mimpi tu. Aku takut sebenarnya. Tak pernah aku ceritakan pada sesiapa pun.

Dalam mimpi tu aku dipinang seseorang yang sangat aku kenali. Dah lama aku kenal dia. Yang lebih mnghairankan aku, mak beriya-iya benar menyuruh aku terima pinangan tersebut. Berkali-kali mak pujuk aku. Aku tetap aku. Dengan tegas aku tolak pinangannya, bukan kerana aku tak suka 'DIA', bukan sebab aku dendam padanya, tapi jawapanku kerana aku sudah bersuami. Aku dah kahwin pun. Takkan mak tak tau anak perempuannya dah berkahwin? Dah lama dah mak. Dah berbelas tahun. Kenapa mak bersungguh-sungguh minta aku terima pinangan tersebut? Pelik tapi benar...kenapa ya???

Lama kelamaan aku lupa pada mimpi itu. Ia tidak lagi menghantui fikiranku. Aku berjaya melupakannya. Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah Yang Maha Berkuasa kerana telah memakbulkan doaku untuk melupakan mimpi misteri itu. Aku tak ingat langsung pun pasal mimpi itu. Sehinggalah.....

Rabu, 25 Ogos 2010

17 Ramadhan

Tarikh keramat itu datang lagi. Tanggal 17 Ramadhan 1414 (Jumaat), ayah ku telah kembali ke Rahmatullah. Beliau meninggal di Masjid Pak Pura Beris Kubur Besar. Pemergian ayah amat terkesan buat diriku kerana hanya tinggal beberapa bulan untuk aku menduduki STPM. Namun aku memang keras hati, pada hari pemergian ayah aku tidak menintiskan walau setitis air mata. Begitu juga pada peristiwa-peristiwa berikutnya. Aku tidak menangis di hadapan orang ramai, kecuali bila aku tinggal sendirian. Tuhan saja yang tahu perasaan aku waktu itu.

Hari ini kenangan itu begitu menghantui aku. Entah kenapa. Apa yang aku tahu, aku teringat satu peristiwa yang berlaku pada malam hari tersebut. Ada seseorang datang dan masuk ke bilik yang mana jenazah ayah ditempatkan. Waktu itu aku sedang membaca Surah Yasin untuk ayah. Kenangan itu jelas terbayang satu persatu di benak fikiranku. Petang tadi, ketika aku sedang memasak untuk berbuka puasa, aku dihantui kenangan itu. Mataku bergenang dengan mutiara jernih. Kenapa? Aku sendiri tak tahu apa sebabnya....

Selasa, 24 Ogos 2010

Semangatku sudah pulih

Selepas menghadiri LADAP "Kursus Pembinaan Blog Dalam P&P", saya sekali lagi memberanikan diri untuk "merosakkan" blog saya yang telah sedia ada. Suatu ketika dulu saya rajin edit blog tapi selepas satu percubaan, blog saya jadi entah macam mana, apa yang saya buat habis hilang. Hari ni saya kembali bersemangat. Percubaan saya kali ini telah membuahkan hasil. Blog saya semakin elok dan nampak sedikit menarik.
Dalam kursus tu cuma ajar buat blog je, tapi kami yang sudah sedia ada blog ni buat la benda lain. Menggodek blog la, apa lagi....
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork